Kapal Terbang Kertas IX

Sejak dari hari itu, Laila… rasa resah.

Dia tak tahu dari mana datang rasa yang buat dia nak berguling dari satu hujung ke satu hujung ni, tapi dia rasa dia dah buat salah yang besar. Cuma dia tak tahu apa salahnya itu.

Lepas perbualan fasal gitar tu, dia jadi senyap sebab tak tahu nak cakap apa. Orang di hadapannya pun senyap sebab… atas sebab yang dia tak tahu apa.

Jadinya mereka berdua senyap. Senyap dan senyap sampailah dia yang akhirnya memecah sunyi dengan mengatakan yang dia perlu balik ke pejabat sebab waktu makan tengah hari sudah hampir ke penghujungnya.

“Kenapa aku rasa aku tak ada buat apa salah pun pada kau, Laila? Are you trying to punish me for something that I didn’t do?

Laila pejam mata. Dia sepatutnya dah lupa akan ayat itu. Sebab… dah bertahun dah. Tapi selepas hari itu, ayat itu nampaknya sudah jumpa jalan pulang dan mula menghantuinya. Terngiang-ngiang tak tentu pasal. Membuatkan dia rasa macam nak lempar sesuatu ke dinding sebab dia nak halau suara itu pergi.

Tapi tak boleh.

“Kak Laila, yang dulu Kak Laila pernah cerita tu kan…”

“Yang mana?”

“Ala… yang dulu tu. Your bestfriend turned boyfriend turned stranger tu?”

Aulia memang ada cara untuk membuatkan satu-satu ayat itu kedengaran macam kompleks tapi sebenarnya tidak. Dia ketawa.

“Ha, kenapa?”

“Orang tu… Raif ek?”

Dia tak tahu kenapa Aulia boleh terbayang Raif bila dia bercerita tentang hal itu.

“Hah? Bukan lah!”

“La ye ke. Dah tu kenapa Kak Laila dengan Raif macam ada history je? Kita kena marah sebab jumpakan korang berdua tau. mati-mati kita ingat selama orang tu is Raif. Habis tu Raif tu siapa?”

Dia macam boleh ingat lagi macam mana Aulia termuncung-muncung waktu itu. Aulia, Aulia. Cakapnya memang tak jumpa brek. Spontan dia teringat Adil. Sesuai la mereka berdua, sorang kurang cakap sorang lagi terlebih cakap.

Habis tu Raif tu siapa?

Laila mengeluh lagi.

“Dia… kawan Wafi.”

“Wafi tu orang tu?”

“Yup.”

“Now I know.”

Dia tanpa sedar, melarikan tetikus milik Fuza. Tadi dia nak tengok harga tiket ke Kuala Lumpur, kebetulan Fuza sedang mengadap laptop, terus dia halau Fuza pergi dapur. Alasannya: Tolong buat air teh. Angah nak tengok tiket. Pinjam laptop sat.

“…dia lah kawan Wafi, yang juga kawan akak, Aulia. Dia orang yang terus jadi jauh bila akak dengan Wafi ada masalah. It’s like… he wanted to avoid the typhoon. Masa tu akak rasa dia pengecut sebab belum apa-apa pun dia dah cakap dia tak boleh kawan dengan akak sebab apparently you can’t have a guy as your bestfriend. Dia kata nanti Wafi jealous.”

Lama Youtube yang terpampang di hadapannya ditenung tanpa perasaan. Ada senarai Favourites, dan laju sahaja dia klik ikon Favourites itu. Nak tengok apa yang dihadap Fuza sampai tekun tak bangun-bangun. Sekilas dia membaca tab yang dibuka Fuza – Facebook, Tumblr, Twitter, The Pioneer Woman, Youtube, Dramabeans, SQL Coffee…

Dia tergelak seketika. Pandai Fuza, buka satu tab pasal SQL. Ni mesti kes kalau ayah ambush boleh la dia pura-pura tengah study. Dia memilih satu playlist dari senarai. Link itu dia terus klik.

You never
cared to hear the other side
So why would you
care to keep this thing alive
You paint me into
a memory of all your pain
But I will not
be drawn into the past again

Dia sedikit terkejut bila playlist yang dia klik tadi, video pertamanya adalah si afro yang Fuza pernah tunjuk padanya dulu.

Dan si afro tu… Laila kerut dahi. Dia membaca tajuk video.

Cause all of this is all that I can take
And you could never understand the demons that I face
So go ahead and bat your eyes and lie right to the world
For in everything you are
You’re just a little girl

Laila terpaku seketika. Walaupun lagu itu dinyanyikan dalam versi akustik ala-ala petik gitar tiung-tiung (ayat Vee) tapi dia kenal sangat lagu tu. Lagu kegemarannya. Eh pembetulan, lagu dari salah sebuah kumpulan kegemarannya.

Tapi bila dengar lagu ni sekarang, dia rasa tersindir. Lagi-lagi dengan situasi beberapa hari lepas, dan apa yang dia teringat… membuatkan dia rasa si afro ni sedang mengejeknya.

You’re just a little girl.

Terus Laila tak ada selera nak tengok harga tiket MAS ke KL.

Stupid afro.

 

 

 

————–

Lyrics:

Just A Little Girl – Trading Yesterday

. a n e c d o t e . [ fin ]

equivocate:-

to use ambiguous or unclear expressions, usually to avoid commitment or in order to mislead; prevaricate or hedge

 

*********************

-i-

“Tucson? Audi? Mitsubishi ASX. Or Evoque.”

“Tolong ambik aku. Aku kat Glenmarie. ”

“Aku tau! Escape Titanium.”

“Aku mintak kau ambik aku je yang kau pergi list semua nama kereta ni pehal? CEPAT DATANG SINI TOLONG JEMPUT AKU BOLEH TAK??”

Ilham ketawa mengekek. Jarang benar dia dengar/nampak Firdaus naik angin. Sakit hati betul dia nampaknya.

“Ye la… setengah jam lagi aku sampai. Hehehe. Sabar yek.”

-ii-

“Aku rasa… aku nak lari la Adjie.”

“Kenapa?”

“Kau pernah tak rasa macam kena cekik dengan tangan yang kau tak nampak? Atau… kau just rasa… stuffy and you need to get away?”

“Hmm.”

“Aku rasa aku nak resign.”

“Apa????”

-iii-

“Orang yang jatuhkan ID semalam tu dah claim ke?”

“Dah, kak Adjie. Tadi pagi-pagi dia singgah.”

“Oh.” Dia menutur sepatah, dan menunggu beberapa saat kalau-kalau Yana nak sambung kata-katanya.

Tapi Yana tak sambung cakap apa pun, menandakan yang orang itu tak tinggalkan pesan apa-apa.

-iv-

“Abang nanti tolong hantar Cat pergi jumpa Dr. Hidayah ya. Cat tu macam demam aje.”

“Mana mama tau dia demam? Dahi dia panas?”

Mama jeling dia. Dia hanya ketawa.

“Bawak aje la!”

“Ma, Dr. Hidayah tu dah ada boyfriend la ma. Lawyer lagi.”

“Ada mama cakap fasal tu?”

“Macam la abang tak tau mama punya modus operandi tu macam mana.” Tuturnya selamba, dan serentak itu dia terasa belakang kepalanya dilibas dengan sesuatu.

Tuala kut. Mama tengah lipat kain jadi tuala la senjata yang mama guna padanya.

-v-

“Aku rasa aku tak ready untuk apa-apa komitmen.”

“Hmm.”

“Apa ‘hmm’?”

“Hmm la. Aku tak tau nak reply apa.”

Dia ketawa. “Kau tak rasa aku agak absurd?”

“Dude, I know what you’ve been through. Fasa kau sekarang ni… kau rasa perempuan tu macam tak wujud. Okey mungkin selain adik-adik kau dan mak kau dan juga sedara-mara perempuan kau… you got what I was trying to say kan? Aku rasa aku faham. Biasalah tu. Give yourself time. Pergi sana balik sini, you should be fine.”

Panjang lebar sekali bebelan Firdaus. Dia hanya senyum, mengingatkan bagaimana tadi Firdaus kata dia tak tau nak cakap apa. Sekali dah cakap, tak tau nak brek.

-vi-

Ifti merenung telefon sambil ketawa terbahak-bahak.

“Apa kena abang aku ni???”

-vii-

“Jiji, aku dah tau benda apa yang aku paling menyampah sekali.” Dia tekan pause, dan wajah Troian Bellisario itu beku di skrin computer.

“Apa dia?”

“Hope.” Dia berdeham, cuba nak tukar suara ala2 Spencer Hastings; “Well you know what they say about hope. It bleeds eternal misery.”

Lama Jiji tenung dia.

“Okey Adjie. Please stop watching Pretty Little Liars.”

-viii-

Dia kemas meja, sebab dia bosan tak tau nak buat apa. Nak main bola, cuaca di luar tak sesuai. Nak tidur, tak mengantuk. Nak membaca, tak ada mood. Nak kacau Ifti…

Rasanya Ifti ada kelas. Status Ifti di Skype pun offline. Semua orang offline.

Dia tarik kerusi. Meja yang dah kemas itu ditenung dengan pandangan kosong. Softboard di hadapannya menjadi sasarannya. Dia cuba mencari nota-nota yang dah tak diperlukan lagi – sebab dia rasa softboard tu macam dah penuh sangat.

Satu persatu post-it dan kertas-kertas kecik yang dia lekat menggunakan paku semat dicabut.

Past due, cabut. Ni dah tak guna, cabut. Resipi rendang, cabut juga (sebab dia dah hafal). Jadual kelas bertukar, cabut juga.

Tiba di satu post-it berwarna ungu, dia terhenti.

Dia terhenti sebab dia terlupa yang post-it itu ada kat situ – tertindih dengan nota terima kasih dari Emmanuel.

(Kenapa dia simpan nota thank you, jangan tanya. Dia memang suka lekat benda entah apa-apa pada softboard ni. The more the merrier, katanya lah).

Tulisan di atas post-it itu dibaca sekali lalu.

superstickies

Dia tersenyum sendiri. Kertas-kertas yang dia dah cabut, dia gumpal dan campak dalam tong sampah. Novel The Litigators oleh John Grisham yang sudah entah berapa lama duduk atas meja itu dicapai.

Tiba-tiba rasa nak membaca pula.

——————————————–

a/n finally! last installment :)this is not meant to be a story, more like fillers in what i’m doing sebab i’m having a severe case of writer’s block. hope you guys enjoy these installments, although i admitted not that great anyway :)

. a n e c d o t e . [2]

sketch:-

a short, usually descriptive, essay, history, or story

****************************

6.30 petang.

Lama dia tenung jam. Lambat, desisnya. Dah lambat sangat dah ni. Pesta buku tu habis pukul berapa? Satu keluhan dilepaskan. Ifti, Ifti. Kenapa la suka sangat bagi mission impossible padanya?

“Abang pergi la esok. Dia duty, nanti abang minta dia sign semua buku yang Ifti pesan ni.”

“Sign???”

“Ha. So I can brag to my friends.”

Wajah Ifti yang nyata gembira itu dia pandang dengan rasa kurang senang.

“Jadinya abang kena beratur ala-ala nak minta J.K Rowling sign buku la ni?”

“Ala abang ni! Orang minta tolong sikit pun tak boleh!”

Akhirnya dia mengalah. Sebab dia ingat kerjanya habis pukul 4, dia dah siap minta time-off dari Haji Bakhtiar. Bosnya okey sahaja, dengan syarat siap kerja. Tapi ada pula meeting di KLCC lepas solat Jumaat tadi. Pung-pang-pung-pang, sampai petang.

Dia seluk poket jeans, dan telefonnya dikeluarkan. Dia rasa ada seseorang yang tahu pesta buku tutup pukul berapa.

Pergi aje la. Belikan buku Ifti. Kalau penulis tu dah tak ada, bilang saja pada Ifti yang dia terlambat.

“Helo.” Panggilannya dijawab selepas dua deringan.

“Firdaus. Pesta buku tu tutup pukul berapa?” dia terus bertanya. Dia rasa Firdaus pernah memberitahu yang dia pernah jadi driver adik sepupunya ke pesta buku tahun lepas.

“Huh?” nyata Firdaus tak faham soalan. “Pesta buku apa pulak ni?”

“Ala, kau kan pernah bawak Alia dengan Amsyar pergi last year. Ingat tak? Yang Usamah minta kau tolong jadi driver adik-adik dia tu.”

“Oooooh. Mana la aku tau. Aku bawak diorang pagi-pagi. Lepas tu petang aku ambil.”

Ilham ketap bibir. Tak membantu langsung.

“Kenapa kau nak pergi ke? Aku rasa sampai malam kut… rasanyalah.” Firdaus menutur yakin. “Kalau dah tutup… kau balik la.”

“Ha ye la. Okey bye.”

Dia terus tekan butang end call, dan dia dengar Firdaus ketawa. Suka sangat gelak. Sahabatnya yang seorang tu memang, padanya Firdaus adalah manusia yang easily amused. Cuma pembawaan Firdaus sahaja yang buat orang tak rasa macam tu. Muka serius semedang.

Pergi aje la. Bak kata Firdaus, kalau dah tutup, apa nak buat.

———————————–

Waktu dia keluar dari The Mall, jam dah menunjukkan pukul 7.30 petang. Dia rasa patut dia Maghrib dulu, takut tak sempat pula nanti. Terus dia patah balik masuk ke dalam The Mall – cari surau. Selesai solat, dia bergegas keluar dari The Mall, melintas jalan untuk ke PWTC. Sambil itu dia keluarkan telefon mencari SMS dari Ifti yang menyatakan  nombor booth serta nama dewan yang dia kena cari. Senarai buku dia dah tulis siap-siap atas kertas. Rancangannya – dia nak bagi kertas tu pada orang yang jaga booth – lepas tu bayar – balik.

Sesat juga dia – sepatutnya dia tak payah naik tingkat atas, tapi disebabkan dia ikut arus orang ramai yang kebanyakannya naik eskalator, dia pun naik juga. Tiba di atas, tercangak-cangak dia mencari Dewan Tun Razak tapi tak jumpa. Akhirnya dia bertanya pada pengawal keselamatan yang sedang duduk bersembang – dan dia diberitahu dewan yang dia cari tu ada di bawah.

Maka dia turun kembali ke bawah.

Bila dia jumpa booth yang Ifti maksudkan, terus dia pergi ke meja cashier walau pada asalnya tak ada orang berjaga di situ. Lagipun dewan di bawah ni lengang sikit berbanding di atas tadi. Dia rasa kebanyakan orang macam dia juga – tak tau dewan yang dicari tu di tingkat bawah.

“Ya? Nak cari buku apa?”

Ilham terus menghulur kertas kecil berlipat dua yang dia simpan dalam dompet duitnya dari malam tadi.

“Saya nak buku yang dalam senarai ni.”

“Semua?” gadis muda itu menyoal kembali. Ilham sekadar mengangguk sambil tersenyum.

“Okey, kejap ya.”

Ilham dah siap sedia dengan dompet duit di tangan. Dia memandang kosong gerak geri gadis muda itu mencari buku. Sekejapan sahaja gadis itu kembali ke kaunter dengan setimbun buku.

“Penulis dia ada, nak minta tandatangan tak?”

Soalan itu buat Ilham terdiam seketika. Tanpa sedar dia merenung si juruwang itu selama beberapa saat.

“Iya? Ada lagi dia?”

Laju gadis itu mengangguk. “Tu!” dia mengunjuk ke arah tepi booth, memang ada seseorang sedang duduk di situ… memegang telefon.

Ini sudah bagus! Selamat dia daripada kena dengar Ifti membebel.

“Aaa, boleh.”

————————————-

Kunci dan plastik buku dia letak atas meja studi. Beg troli yang besar itu berdiri setia di sisi meja – tak pernah gagal mengingatkan dia yang dia akan pergi dalam masa… dua minggu lagi.

Kurang dua minggu; pembetulan.

Telefon dicapai.

c1

Dia tak terus membalas.

“Nak letak nama siapa?” 

Suara itu tiba-tiba bertanya, membuat dia sedikit tersentak. Macam tadi – bila diberitahu yang penulis Adjie Wirdani itu masih ada, dia tanpa sedar merenung orang di hadapannya ini selama beberapa milisaat.

“Err… Ifti.”

“I-F-T-I?”

“Betul.”

Dia kembali merenung telefon di tangan, dan membalas mesej Ifti.

meme-from-iphonetextgenerator

. a n e c d o t e . [ 1 ]

anecdote:-

a short account of a particular incident or event, especially of an interesting or amusing nature.

||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||

“Abang, pleaseeeeeeeeeeeeeeeee. Anggap la ni permintaan Ifti sebelum abang pergi jauh.”

“Malas la. Banyak benda nak kena buat –“

“Handover tak habis-habis lagi ke?” tinggi suara Ifti – tanda adiknya itu sedang protes.

Wajah Ifti yang ketara sedang menarik muka dan membentuk bibir menjadi muncung dipandang dengan tak ada perasaan. Walaupun kadang-kadang kualiti video Skype ni tak la elok sangat tapi dia tau sangat adiknya itu sedang buat muka merajuk.

Konon-konon merajuk.

“Apa yang susah sangat? Orang mintak tolong beli buku aje. And I didn’t ask you to pay for it!”

“Tadi yang suruh abang bayar dulu lepas tu nanti Ifti balik baru nak bayar tu apa?” tempelak Ilham sambil ketawa. Bukannya dia kisah sangat pun nak dahulu kan duit untuk belikan apa yang Ifti mahu – heck – dia tak kisah pun kalau Ifti nak suruh dia bayar tapi dia sengaja begitu sebab nak bergurau.

“Okay fineeeee Ifti transfer duit kat abang sekarang juga!”

Akhirnya dia ketawa.

“Ketawa pulak.”

“Malas la. Abang belikan kat kedai buku biasa je la… esok abang ada meeting kat KLCC. Situ ada Kino. Abang belikan kat situ nak?” stapler di dalam bekas stationery dicapai, dan seberkas kertas yang dia duk telek dari dia mula video call dengan Ifti itu distapler sekali.

“Huh.”

Ilham menoleh ke arah skrin bila mendengar Ifti mengeluh.

“Kenapa?”

“Good luck la cari buku yang Ifti nak tu kat Kino. Susah la nak cari novel Melayu yang 3-4 tahun lepas.”

Ilham memandang kosong kepada tetingkap Skype itu. Wajah Ifti yang kadang-kadang kabur itu dipandang selamba, sambil dia ketawa.

“3-4 tahun?”

“I just discover her! Buku dia yang Ifti baca semua Ifti pinjam dari orang. Kawan Ifti cakap dia pun susah nak cari… dia beli online aje.”

“Then beli la online.”

“Tak mahu.”

“Kenapa? Kenapa rela nak menyusahkan abang?”

Ilham lihat Ifti tarik muka lagi. Dia melepaskan keluhan senyap.

Dia kadang-kadang lupa yang Ifti ni… ketegaq budaknya.

—————————–

Pen-pen yang bersepah di atas meja beralas kain kapas corak hitam, putih dan beige itu dikutip satu-persatu dan dimasukkan kembali ke dalam bekas pen. Macam-macam warna ada. Penulis yang datang kebanyakannya memang akan bawa pen sendiri, lepas tu masing-masing tak nak bawa balik. Kak Nawwir pernah memberitahunya yang lepas pesta buku, mereka boleh buat garage sale jual pen.

“Kak Adjie, pergi la balik. Dari pagi tadi ada kat sini.”

“Mana ada. Akak datang petang tadi la.”

“Oh ek?” Yana ketawa. “Dah la pergi balik! Dah pukul lapan dah ni.”

Adjie ketawa. Dia melihat jam di tangan – betul kata Yana, memang dah pukul lapan. Dia sebenarnya tunggu Jiji – Jiji janji nak datang jemput dia dalam pukul lapan katanya. Tapi Jiji tu spesis kalau berjanji, janji Melayu. Kalau dia kata pukul lapan, maka tambah setengah jam lagi.

Jadinya, Jiji akan sampai pukul lapan setengah.

“Kawan akak nak datang pukul lapan setengah. Korang tutup kedai pukul berapa?”

“Pukul sembilan… sebab hari kerja. Kesian dekat Kak Adjie aje sebab dah tunggu dari petang tadi.” Ujar Yana. “Kak Adjie duduk sini diam-diam sampai kawan kak Adjie sampai.”

Adjie sekadar ketawa. Dia tarik kerusi, dan pada masa yang sama Yana bergegas ke kaunter. Dari kilas mata dia lihat ada orang datang – mungkin cari buku. Dah malam macam ni pun orang masih lagi lalu lalang – walaupun tak la seramai waktu siang tadi.

Beg di bawah meja di tarik ke pangkunya, dan telefonnya dikeluarkan. Ada satu mesej dari Jiji.

  • Adjie. Malam ni aku tidur rumah kau boleh?

Adjie kerut dahi. Lain macam aje Jiji ni. Dia membalas “Boleh”, dan menambah:

  •  something wrong?

Selang beberapa saat, Jiji membalas.

  • Something very wrong. Reza.

Kening Adjie hampir bertaut. Tadi sebelum dia ke PWTC, dia makan tengah hari dengan Jiji. Rasanya Jiji macam okey sahaja….

  •   Okay… nanti cerita tau? Drive elok-elok.

Jiji dah tak membalas. Adjie tenung skrin telefon yang sudah gelap itu dengan perasan yang kurang senang… apa la si dodol tu buat kali ni?

“Kak Adjie!” suara Yana yang separuh menjerit membuatkan dia tersentak. Matanya menangkap buku-buku yang Yana letak di hadapannya.

Dia terkebil-kebil.

“Sign!” Yana yang bersemangat mencapai sebatang pen dari bekas bulat dan menghulur pen itu kepadanya. Teragak-agak Adjie mencapai pen hitam itu.

“Siapa yang beli semua buku akak ni?”

“Orang.”

“Akak tau la orang, takkan Adudu pulak.”

“Tu tengah bayar.” Yana memuncungkan bibirnya ke arah kaunter. Adjie menggeleng, dan terus mencapai buku yang paling atas sekali. Sempat dia melihat jam – sudah 8.10 malam. Ada masa lagi sebelum Jiji sampai.

Elok dia koyakkan plastik yang membalut buku, telefonnya berbunyi menandakan ada mesej masuk.

  • Aku sampai lagi 5 min

Ah sudah. Cepat pulak Jiji!

Terus dia jadi lipas kudung. Dia hanya tandatangan dah tulis “Selamat membaca :)” pada setiap helaian kosong muka surat hadapan novel tulisannya ini. Walaupun sebenarnya… setiap buku tu ada ‘cerita’nya tersendiri.

Tapi ni dah tak sempat… maaf la ya dik/kakak, kawan saya nak datang dah ni!

Sedang dia menjadi sang lipas kudung itu (dia sedang mengoyak plastik yang membalut buku keempat dan waktu macam ni dia menyesal… kenapala aku tulis buku sampai 5 buah? Why?) kerusi yang Yana dah kemas tadi ditarik keluar, dan ada orang duduk di hadapannya. Tekanya mesti orang yang beli buku dia ni, jadi dia terus angkat muka.

Eh.

Di hadapannya duduk seorang lelaki berpakaian kemas – kemeja lengan panjang yang lengannya sudah disinsing… dipadankan dengan jeans. Begitupun Adjie tau lelaki di hadapannya ini baru balik kerja sebab ada lanyard dileher lelaki itu – walaupun badge nya masuk dalam saku kemeja.

Laju matanya membaca apa yang tertulis pada lanyard hitam itu – Baker Hughes.

“Nak letak nama siapa?” tanpa buang masa Adjie terus bertanya, sambil mengunjuk pen hitam yang dia pegang ke arah buku yang dia dah sedia buka helaian pertamanya itu.

“Err… Ifti.”

“I-F-T-I?” Adjie menyebut huruf satu-persatu, meminta kepastian. Bukannya apa, dia tak mahu tersalah eja nama orang. Dia pun sangat tak suka bila orang salah eja namanya, dan dia anggap orang lain pun mesti tak suka bila dia salah eja nama mereka.

“Betul.” Lelaki di hadapannya mengangguk, sambil tersenyum. Pipi lelaki itu sedikit kembung (ke tembam? Tapi tembam selalunya memang kita akan cakap tembam, kan? Ini macam kembung sikit je… APA NI ADJIE?!!!) dan bila dia senyum, matanya jadi kecil dek tertolak oleh pipinya.

Hah. Boleh tak tambah p/s kat buku Ifti ni tulis – Ifti, abang awak ni senyum dia comel la!

“Adik ke?” Sengaja Adjie bertanya, sambil mencapai buku kelima – buku terakhir yang dia perlu tandangan. Lepas buku ni, dia kena kembali ke tiga buku yang dia dah tandangan tanpa tulis nama Ifti tadi.

“Yup. Adik saya.”

“Oooh. Dia student?” soal Adjie tanpa angkat muka. Dia masih lagi mengekalkan kelajuan lipas kudungnya sebab takut kalau-kalau telefon atas pangkunya tiba-tiba berbunyi, menandakan Jiji dah sampai.

“Haah.”

Adjie mengangguk-angguk. Dia menulis nama “Ifti”, dan buku itu dia tutup kembali. Waktu itu telefonnya memilih untuk berbunyi. Ada panggilan masuk.

“Helo?” telefonnya dilekapkan pada telinga belah kiri, sambil dia memasukkan buku-buku itu ke dalam beg kertas yang disediakan. Dia baru teringat ada orang dihadapannya, cepat-cepat dia menutur “sorry” tanpa suara kepada lelaki di hadapannya ini.

Lelaki itu sekadar tersenyum. Tanda faham. Agaknyalah.

“Adjie. Hall Tun Razak eh?”

“Ha. Kau dah sampai ke?”

“Dah. Aku dah masuk.”

“Laaa… apasal tak cakap? Aku boleh keluar.” Waktu itu Yana sudah mengambil alih tugas memasukkan buku ke dalam beg kertas daripadanya. Pantas sahaja Yana buat kerja, sekelip mata siap.

Dan sekelip mata lelaki itu hilang daripada pandangannya.

“Aku dah jumpa kau!”

Adjie menoleh ke kiri dan ke kanan – dia nampak Jiji bersemangat melambainya. Tak nampak Jiji sedih pun? Tapi macam la dia tak kenal Jiji, si  manusia happy go lucky ini.

Sahabatnya itu berlari-lari anak ke arah booth, dan terus berhenti di hadapannya – tempat lelaki tadi duduk. Tapi Jiji terus menunduk, mengambil sesuatu daripada atas lantai.

“Ada orang jatuhkan benda ni lah.” Dia dengar Jiji menutur.

“Apa? Pen?” beg di atas kerusi sebelah diletakkan atas meja. Telefon dan pen kaligrafi yang dia bawa dia masukkan ke dalam beg. Jiji menegakkan badan, di tangannya ada satu lanyard hitam yang Adjie rasa dia pernah nampak sebelum ni.

“Badge orang. Bahaya ni.” Tutur Jiji sungguh-sungguh.

Adjie tak terus menjawab. Dia membaca nama pada badge itu –

Ilham

Semuanya dan Dia [draft #9]

Is a smile a question? Or is it the answer? ~Lee Smith

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

draft #9

A drop in the ocean
A change in the weather
I was praying that you and me might end up together
It’s like wishing for rain as I stand in the desert
But I’m holding you closer than most ’cause you are my heaven

***

“Dia kan kalau senyum, rasa macam nak lempang.”

Sepotong ayatnya yang tiba-tiba itu membuatkan Dina yang sedang minum air hampir tersedak. Kembung pipi Dina jadinya, sambil tangannya digawang-gawangkan.

“Apa???”

“You pernah tak tengok kucing comel sangat sampai rasa nak sepak?”

“Rasa nak sepak tak pernah la. Rasa macam nak baling pernah.” Dina angguk-angguk. “Common practise – comel sangat rasa nak baling aje kucing tu.”

Jiji petik jari. “Exactly! Itu yang I rasa.”

“You nak bandingkan kucing dengan orang? Kecik hati dia kalau tau you cakap macam tu.”

“Pedulik. Okey tak valid la perumpamaan tu. Kucing comel, maknanya kucing comel. Period. Tapi ni macam… infuriating. Bukan annoyed tau, infuriating tapi macam nak ketawa tapi entah la.”

Diet Coke di atas meja dicapai Dina. Jiji buat tak kisah, walaupun itu adalah airnya.

“Teruskan.” Dina buat gaya pakar terapi jiwa dah.

“Tadi sebenarnya lepas kita jumpa dia orang duk bersenang lenang guling-guling bawah pokok tu I rasa macam nak ambik ranting libas kat dia. Tapi tak jadi.”

“Sebab dia gelak?”

“Ha. Rasa nak ambik brown paper bag serkup kat muka dia aje.” Jiji ketap bibir. “Eeee geram.”

Tin Diet Coke disorong kembali padanya. Sempat Dina sendawa. Tak senonoh betul Dina ni.

“Ji, I rasa kan. Dia senyum biasa aje.” Dina kerut dahi, tiba-tiba. Macam gaya teringat sesuatu. “He seldom smile. Masa mula-mula kitorang kenal dia pun Izzat dah warning kata dia tu memang macam tu. Tapi bila dia senyum I takdela rasa nak serkup kepala dia dengan brown paper bag.”

Tin Diet Coke itu ditarik, namun Jiji terhenti bila menyedari yang tin tu rupa-rupanya dah ringan.

“Dina!!!!!!!”

****

And still I can’t let you be
Most nights I hardly sleep
Don’t take what you don’t need,
from me.

###

lyrics – A Drop In The Ocean by Ron Pope

Semuanya dan Dia [draft #8]

a/n the chapters untuk cerita ni tak tersusun since it’s all draft, so actually you can read each one of them without relating them to each other.  mungkin tak berkaitan, mungkin berkait tapi tak tersusun, etc etc cause that’s how i roll =p

 

——————————————–

 

stoic: unaffected, indifferent; restrained

 

 

Selalunya, memang hanya dia, Jessie dan Afra yang datang awal. Afra akan jadi orang paling awal sampai sebab dia kongsi kereta dengan adik dia, kemudian dia akan sampai. Lepas tu baru Jessie. Ataupun dia saing dengan Jessie. Afra sampai dalam pukul 7.30 pagi, dia dalam jam 8 dan Jessie dalam 8.15 atau 8.30 pagi. Lynn dan Dina – tak tentu masa tapi mereka berdua selalunya akan sampai selepas jam 9.

Jam di penjuru kanan komputernya dipandang sekilas. Baru jam sembilan pagi. Memanglah masih awal lagi pun. Di sini, pukul sepuluh baru orang masuk. Semua orang masuk lambat sebab nak elak kesesakan jalan raya. Dia sahaja yang suka datang awal, sebab dia suka untuk balik awal. Ramai aje yang datang awal di sini tetapi orang yang masuk lambat lagi ramai.

Bosan, dia terus berdiri. Lepas tu dia menggeliat sedikit sampai berdetap bunyi tulang. Baru duduk sekejap, desisnya. Dia rasa dia patut bersenam. Dulu rajin juga dia ikut Adjie pergi berjoging setiap hujung minggu di TTDI, tapi sekarang ni dia dah sibuk, Adjie pun sibuk.
Adjie memang sentiasa sibuk. Ada sahaja aktiviti luar dia. Jiji pula… tak adalah sibuk cuma dia ‘sibuk’ membetulkan hidupnya kembali selepas ada tangan-tangan yang suka-suka mengacau bilaukan hidupnya yang dia rasa sudah cukup teratur itu.

Jiji menggeleng sendiri, cuba menghalau ingatan yang mula mahu menjengahnya kembali. Dia mengatur langkah menuju ke luar bilik pejabatnya ini, dengan harapan dah ada orang sampai. Ataupun Jessie dan Afra sudah kembali ke tempat duduk mereka. Dia menebar pandang, namun matanya sekadar di sapa dengan kubikel yang tidak berpenghuni.

Hampeh. Kosong lagi.

Jiji mengeluh. Buat kopi dulu lah. Kalau Dina lambat sangat, makan biskut aje.

Dia terus mengatur langkah menuju ke pantri, namun dia terhenti bila ada kelibat orang masuk ke dalam bilik finance dan HR ni. Laju aje, dan dia terus terhenti bila menyedari yang ‘orang’ itu bukanlah Jessie/Afra/Lynn/Dina, tapi seorang lelaki yang dia tak kenal pun.

Seolah-olah perasan ada mata merenung dia dengan tajam, lelaki itu menoleh ke arah Jiji. Wajah serius lelaki itu dipandang bersahaja, sambil Jiji angkat kening.

“Meja Dina kan?” lelaki serius itu terus bertanya sambil menuding ke arah kubikel Dina. Jiji yang masih tercegat berdiri sekadar mengangguk.

Spontan mengangguk. Jiji rasa kalau lelaki itu tanya “Mana pantri?”, pun dia akan jawab dengan anggukan sahaja. Selalunya dia kalau jumpa orang yang dia tak pernah jumpa buat pertama kalinya, pasti ramah sahaja dia memulakan perbualan.

Tapi mat ni awat serius semedang aje? Senyumla sikit. Takut aku nak tegur… buatnya dia jeling aku mesti aku akan tak suka dia sepanjang hayat.

Mujur, lelaki itu tak pula jeling/melontar pandang kurang senang padanya, sebab Jiji sedar yang sekarang ni dahinya sudah berkerut-kerut. Lelaki itu terus meletakkan kertas yang di bawanya ke atas meja Dina, siap ditindihkan dengan plushie kambing biri-biri milik Dina yang bernama Lambie itu.

Bertambah selapis kerutan di dahi Jiji. Setahunya Dina cukup tak gemar kalau ada orang pegang Lambie dia tu sesuka hati. Lambie tu hadiah dari seseorang yang Jiji asyik lupa nak tanya siapa. Dia hanya ingat Jessie pernah cakap;

“Lambie ni you tau, naik kapal terbang berjam-jam tau nak sampai KL. Mana Dina tak sayang.”

Mata Jiji terus-terusan setia menurut tingkah laku lelaki yang tak dikenali itu. Dia lihat lelaki itu terus berlalu menuju ke arah pintu, TAPI sebab mungkin dia terasa ada mata begitu setia merenungnya, dia menoleh sekilas ke arah Jiji.

Dan lelaki itu mengangguk – mungkin tanda terima kasih?

Dan tersenyum.

Tersenyum padanya yang masih lagi tercegat di hadapan pintu bilik finance dan HR ini sebab sibuk duk mengintai gerak geri orang.
Jiji, yang terkejut dengan senyuman yang tiba-tiba itu, tersenyum kembali.

Perlu tak dia beritahu di sini yang dia bukan setakat tersenyum, tapi tersenyum dengan lebar?

Tapi dia rasa lelaki itu tak perasan pun, sebab lelaki itu dah melepasi pintu dan cepat sahaja hilang daripada pandanganya. Jiji cepat-cepat menuju ke pantri. Tapi dia berpatah balik masuk ke dalam bilik pejabatnya sebab dia lupa nak bawa sekali mug.

Jiji tahu dia sudah tahap ketagih kafein, tapi pagi-pagi macam ni… dia tak boleh berfikir dengan baik tanpa kopi secawan dua. Lebih-lebih lagi waktu pagi di mana dia sudah dikejutkan dengan senyuman yang tiba-tiba itu.

Tiba-tiba dia rasa dia pening sebab terkejut.

(Mengada-ngada betul. Orang tiba-tiba senyum pun sibuk nak pening)

Jiji capai mug di atas mejanya, dan dia kembali ke pantri. Mug itu dibasuh daripada sisa neslo yang dia buat tadi sebelum diletakkan pada mesin espresso di tepi sinki ini. Suis mesin espresso itu dihidupkan.

Ekor matanya menangkap kelibat seseorang yang memakai dress berwarna hijau memasuki pantri. Tak payah menoleh, dia tahu itu adalah Jessie. Walaupun tadi dia tak perasan Jessie pakai baju apa, dia tahu yang Jessie adalah sinonim dengan warna warni. Mungkin sebab itulah Jessie selalu sahaja nampak ceria. Sebab Jessie jenis yang suka bergaya.

“You nampak Dina?”

Jiji geleng. “You orang kedua yang tanya fasal Dina.”

Jessie mengerut dahi – dan Jiji tahu yang Jessie mahu bertanya siapa orang yang pertama tetapi Afra pula menjenguk ke dalam pantri.

“Breakfast? Anyone? I’m starving.” Afra mencebik, sambil memegang perut. Gaya lapar sangat la tu.

“You nampak Dina tak?” soal Jessie pada Afra. “Tadi dia kata dia bawakan breakfast untuk kita semua. Dia kata tunggu dia.”

“Dina bawa breakfast?” bulat mata Afra. Sejurus dia bertepuk tangan. “Yey! Mesti Dina bawa nasi lemak sambal ikan keli yang sedap tu.”

Jessie membundarkan matanya, dan kembali mengalihkan pandangannya ke arah Jiji yang sedang merenung mesin espresso itu.

“Haah. Itu yang I cari dia ni. Dia belum masuk ke, Ji?”

“Nope.” Pendek sahaja jawapan Jiji, sebab mesin espresso sudah mengeluarkan bunyi ‘beep’, menandakan one shot of espresso sudah diisi ke dalam mug putihnya ini.

“It’s not April kan? So Dina tak tipu.” Afra sudah sedia menarik kerusi di hadapan Jiji. “I lapar….”

“Atas meja I ada biskut. Kalau you lapar sangat makan la biskut.” Pelawa Jiji. Dia menarik pintu peti ais. Matanya mencari susu penuh krim Dutch Lady yang merupakan penghuni tetap peti ais dua pintu Sharp ini.

“Jiji, bukan tadi you dah buat kopi ke?”

“Itu neslo. Ini kopi biasa with milk.”

“I swear one day your blood akan tukar color.”

Jiji menoleh sekilas ke arah Afra. Dia lihat Afra menggelengkan kepala. Jiji sekadar ketawa kecil.

“You dah macam those guys yang kat bawah ni tau? Dia orang tu lagi la… extreme kopi kaki. Lepas tu you tau, coffee machine pantri kat bawah ni lagi best daripada kita punya.”

“Iya?”

“Yup. Sebab one of the director yang sponsor. So they have those expensive coffee machine yang buat coffee tu rasa macam coffee Starbucks.”

Sekali lagi Jiji menoleh ke arah Afra. “Seriously?”

“Hah. Betul. Sebab I pernah try. Bos dia orang tak mau those guys to leave, so dia bribe pakai kopi.”

“And it works?”

“Yup. Tak percaya you tanyalah sesiapa kat bawah tu.”

“Dina is here!!! With free food!!” suara Jessie yang tiba-tiba muncul (suaranya muncul dulu, baru orangnya nampak bayang) membuatkan Afra dan Jiji menoleh serentak ke arah pintu pantri.

“Jiji! Jom makan.” Dina melambai. “I dapat nasi lemak free nih.” Bungkusan plastik yang Dina pegang diletakkan di hadapan Afra yang sudah duduk tegak.

“Wahhh you dapat dari mana nasi lemak ni?” Afra sudah sedia menarik plastik putih itu ke arahnya. “World Coffee? You beli ke ni?”

“Tak adanya I nak beli. Tadi I lalu, terserempak dengan diorang yang kat bawah ni. Syahrul la dia ajak sarap sekali. I cakap I dah janji dengan korang.”

“Lepas tu?”

“Lepas tu Fir bangun kata dia nak belanja, tanya kita berapa orang. I pun apa lagi! Makan free wo.”

“…Fir tu suka belanja orang makan. Baik la dia.” Lynn membantu Dina membuka bungkusan nasi lemak itu, dan meletakkan sudu plastik pada bungkusan yang sudah dibuka. Bungkusan pertama dihulur kepada Jessie yang sudah siap sedia duduk.

“Haah. Baik betul.”

“Ke dia suka kat you, Dina? Hihihi.” Jessie sudah mengekek ketawa dengan lawak yang dia cipta sendiri.

“Hish apa pulak!”

“Ye la… you asyik panggil dia ‘Firrrr’ dengan nada manja. Last-last sangkut mamat tu.” Afra pula mengusik.

Jiji menarik kerusi. Dia mendengar sahaja kawan-kawannya ini berbalas cakap.

“Eh, you tak dengar Si Anne tu panggil dia macam mana. Lagi lentok okey. I ni memang la, sebab I memang panggil semua orang macam tu. Jiji!” dia menoleh ke arah Jiji. “Nah, ni you punya. Ayuh makan.”

“Korang cakap pasal siapa ni?” Jiji memulakan. Dia menghulur tangan, meminta sudu daripada Dina.

“Siapa? Anne?”

“I kenal la Anne tu. Yang tadi korang cakap tu… siapa?” Jiji menyudu nasi lemak dan menyuapnya masuk dalam mulut.

Mmmm. Sedap. Patutlah budak berdua tu suka sangat. Ditambah dengan keadaan di mana dia memang lapar, nasi lemak yang harganya sebungkus RM4 itu terasa sangat enak sekali.

“Oh. Fir?” Dina menyoal kembali. “One of the guys kat bawah. You tak pernah jumpa dia eh?”

“Hans la Jiji. Hans yang tadi tu.” Jessie memotong. “The infamous Hans. To Jiji la.”

Dina membulatkan matanya. “Dia buat apa kat you? First day masuk after a few months hilang dia dah buat hal dengan you??”

Jiji tersedak mendengar nada drama Dina. Sebab inilah dia boleh rapat dengan Dina. Kalau Lisa kata dia kuat berdrama, Dina ni drama dia lagi dua kali ganda dahsyatnya.

“Fir reply kata tak boleh nak pergi team building.” Cerita Jessie. “Ada apa dia kata, Jiji?”

“Wedding. Dia kena jadi pengapit.”

“Wedding? Ke dia yang kahwin?” soal Dina, matanya masih lagi bulat. Jiji jongket bahu.

“Entah. Dia kata dia kena jadi best man.”

“Hmm. I rasa dia la yang nak kahwin.” Dina mula buat spekulasi. Terpampang jelas di wajahnya. Jiji ketawa.

“Dina! You jangan la. Suka sangat sebarkan khabar angin tak berasas.”

“Eh berasas la. He mentioned wedding kan? Siapa tahu.”

Jiji mahu membalas, tetapi bunyi nada dering menandakan ada emel masuk membuatkan dia terhenti. Spontan dia mencapai Blackberry di hadapannya walhal fikirannya sudah memberitahu – habiskan makan dulu!!

Ada emel masuk.

From: Firdaus Nazhan Mohd Hisham
To: Nurul Najiha Kamarulzaman
Re: Team Building – confirm attendance

Najiha,
Tolong ignore my previous email. I’m going to the team building.
BR
Firdaus
Applications Architecture, Corporate IT

<show quoted text>

Jiji terhenti mengunyah. Blackberry itu diletakkan kembali di atas meja, di sisi mug.

Mujur dia tak buat apa-apa perubahan lagi. Kalau tak, tang ni juga dia tanya Dina si Firdaus ni duduk mana, maunya dia mengamuk di bawah.

“Oh, Dina. Tadi ada this one guy letak kertas atas meja you.” Beritahu Jiji sambil menguis kacang goreng daripada nasi. Melihat apa yang dibuatnya, Afra dengan senang hati mengambil kacang yang dipilih Jiji dan diletak di atas nasinya.

“Siapa?” soal Dina dengan mulut separa penuh dengan isi.

“Entah. I tak pernah nampak. Tall, pakai t-shirt hitam.”

“That describes 99 percent orang kat bawah la Jiji.” Potong Lynn sambil ketawa.

Jiji kerut dahi, siap mengetuk-ngetuk dahi dengan jari telunjuk. Konon-konon nak ingat balik rupa lelaki tu (yang sebenarnya dia memang ingat pun, tapi dia tak tahu nak describe macam mana),  dan kemudian dia teringat sesuatu yang dia rasa penting. “Muka serius?”

Tiga orang di hadapannya sekadar buat muka tak faham.

Afra geleng. “Macam Lynn cakap, 99 peratus kat bawah muka serius.”

“A very nice smile?”

Dina yang sedang mengunyah nasi lemak tersedak. Jiji tahu Dina ketawa sebab dengan description nice smile itu. Padan muka, gelakkan aku lagi.

“Why are you blushing Jiji? You think he’s attractive?” Lynn sudah mula angkat-angkat kening. Cepat Jiji mengalih tangan ke pipi.

Panas.

Cis.

“Wait. We actually have attractive guy?” Jessie laju memotong, sambil matanya tajam merenung Jiji. “We have?”

“Apa!! I tak cakap dia attractive or what.”

“You’re blushing. You blushed bila you malu.” Afra menutur selamba, sambil terus-terusan menyuap nasi lemak.

Jiji akhirnya diam. Dia malas nak balas apa-apa, sebab dia tahu kawannya yang berempat ni memang kuat mengusik. Itu sahaja cara mereka untuk alih perhatian sekejap daripada kerja yang bertimbun itu.

“I tak reti la describe orang. Nanti you tengokla apa dia letak atas meja you tu.” Akhirnya Jiji menutur. Nasi lemak di hadapannya sudah licin, dan dia sudah sedia melipat bungkusan nasi lemak itu dan dimasukkan ke dalam plastik. “I ada call kejap lagi. Thanks tau Dina.”

“You cakap thanks pada Fir la, Jiji. Dia yang belanja.”